Petua Dan Tips Kecantikan 3

8 TIPS AGAR KULIT KEKAL LEMBAB DAN TIDAK KERING

 

TIPS #1 :

  • Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari. Jika cuaca betul-betul panas, anda perlu minum lebih daripada itu. Sekiranya badan tidak mendapat cukup air, ia akan menyebabkan tubuh anda dehidrasi.
  • Minuman seperti kopi dan teh harus diambil secara sederhana saja. Ini kerana sebahagian daripadanya akan memberi kesan sampingan. Sebagai contoh kopi boleh membuatkan kulit anda bertambah kering dan ia juga mungkin menyebabkan masalah kulit yang lain seperti jerawat.

 

TIPS #2 :

  • Makan makanan berkualiti tinggi yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Elakkan makan kanji, gula, makanan ringan, kentang goreng dan kerepek kentang secara berlebihan kerana ia juga boleh membawa kepada dehidrasi kulit.

 

TIPS #3 :

  • Elakkan pengambilan alkohol dan rokok kerana ia punca utama yang menyebabkan masalah kulit kering.

 

TIPS #4 :

  • Elakkan berada di dalam tempat yang berhawa dingin untuk satu jangka masa yang lama. Ini adalah kerana penyaman udara sebenarnya akan menyebabkan udara menjadi kering. Ia akan memberi kesan dehidrasi terhadap tubuh anda walaupun suhu persekitaran sejuk.

 

TIPS #5 :

  • Basuh muka anda tidak lebih dari dua kali sehari dengan pembersih muka. Cucian yang lebih kerap boleh mengeringkan lagi kulit muka anda.

 

TIPS #6 :

  • Cuba untuk mengetahui jenis masalah kulit muka anda, berminyak atau kering. Ini akan membantu anda untuk memilih produk penjagaan dan solekan yang betul.
  • Penjagaan sepatutnya menyegarkan kulit dan bukannya mengeringkan lagi kulit. Jika kulit anda berasa tegang atau ketat pada waktu tengah hari, ia mungkin bermakna produk yang anda gunakan tidak bersesuaian.

 

TIPS #7 :

  • Cuba untuk mendapatkan lapan jam tidur pada waktu malam. Tidur yang secukupnya sangat membantu dalam mengekalkan tahap kelembapan kulit. Pastikan bilik anda dapat pengudaraan yang bersih.

 

TIPS #8 :

  • Tekap kulit muka anda menggunakan tuala secara perlahan-lahan apabila sudah selesai mencuci muka.
  • Elakkan menggosok muka kerana ia akan menanggalkan minyak muka yang diperlukan untuk menjaga kelembapan kulit.

 

Tip merawat kulit muka kering dan kasar dengan kulit telur.

  • Kumpul beberapa biji kulit telur dan bersihkan serta dikeringkan.
  • Selepas ia kering, tumbuk atau kisar sehingga ia menjadi serbuk halus. Lebih halus lebih baik.
  • Kemudian, bancuh serbuk telur tadi dengan air suam dan campurkan dengan bedak sejuk.
  • Sapu dan urut ke muka secara perlahan-lahan.
  • Biarkan selama 20-30 minit atau biarkan ia kering dengan sendiri.
  • Bilas wajah dengan air suam dan diikuti dengan air sejuk.
  • Amalkan sekerap mungkin, anda pasti puas hati dengan hasilnya. 🙂
  • Saya tak pastilah, kalau ada orang yang allergik dengan telur. Tapi, kalau ada, anda kena hati-hati. Takut lain pula jadinya.

 

 

TESTIMONI SET KECANTIKAN SHAKLEE

 

 

 

 

 

 

SET KECANTIKAN SHAKLEE

 

 

 

 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
  • sms/whatsapp sahaja :  011-3201 4534 / 011-3201 4534 (fatim)

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *