Tips Agar Mudah Bersalin Dan Elak Luka Semasa Bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua ..

 

 

 

Tips Mudah Bersalin

1.Setiap kali sebelum tidur, salam dan cium tangan suami mintak maaf atas kesalahan yang kita sedar atau tidak. Almaklum lah ibu hamil ni emosi terlebih, ada je yang tak kena pada pandangannya.

2. Bertanya khabar dan minta maaf kepada ibu dan ayah. Kalau boleh setiap hari.

3. Amalkan membaca Surah Maryam. Sekiranya tak berkesempatan, boleh cuba bukak je bacaan suci Al-Quran itu dan dengarkannya.

4. Amalkan Tasbih Nabi Yunus semasa baginda berada dalam perut ikan tu. Tasbih ini dibaca berulang kali terutamanya semasa sakit contraction semakin kuat

 

 

6. Banyakkan berjalan dan kalau boleh jangan baring semasa sakit nak bersalin tu datang. Sebab gravity akan membantu menarik baby ke bawah sekiranya kita berdiri dan ini akan memudahkan lagi proses kelahiran

7. Lakukan senaman ibu hamil sekurang-kurangnya sehari 10 minit.

8. Pergi ke kelas antenatal. Di situ akan diajar pelbagai teknik untuk bersalin. Salah satunya adalah perineum massage yang dapat kurangkan koyak semasa bersalin

9. Pastikan anda makan makanan yang memberi tenaga semasa awal contraction, sebelum masuk ke labour room. Ini akan memastikan anda mendapat tenaga yang secukupnya untuk push nanti. Ia sangat penting dan boleh cuba amalkan at least makan kurma sebelum masuk ke labour room.

10. Minta pasangan anda untuk berikan urutan kepada anda di dalam labour room. Kajian menunjukkan, dengan memberikan urutan, ia dapat mengurangkan rasa sakit bersalin seterusnya memudahkan proses melahirkan.

11. Minta suami buatkan air dengan dibacakan: Surah Alfatihah, 3 Qul dan Ayat Kursi. Kemudian letakkan 3 titik minyak dan niat agar dipermudahkan urusan bersalin dan niat dalam hati apa yang dihajati. ; baca selawat dan minum

12. Kerapkan mandi dan basuhkan rambut

13. Banyakkan sujud (sebaik-baiknya dalam solat)

14. Amalkan doa agar dipermudahkan bersalin secara normal.

 

 

Salah satu cara bersalin yang dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan luka akibat bersalin. Cara ini dikenali sebagai Hypnobirthing.Pernah dengar perkataan hypnobirthing?

Apakah Hypnobirthing?

Hypnobirthing ini merujuk kepada kaedah hipotesis yang dilakukan oleh pakar semasa ibu ingin bersalin, agar terhindar dari rasa stress dan sakit semasa bersalin. Dalam erti kata lain, hypnobirthing ini adalah bertujuan untuk membantu agar ibu hamil lebih tenang dan sentiasa berfikir positif agar ia dapat bersalin dengan mudah dan lancar.

 

Apakah Kelebihan Hypnobirthing?

  1. Teknik pernafasan hypnobirthing membuatkan anda lebih tenang, sekaligus mengelakkan sindrom takut-tegang-sakit, sebelum, semasa dan selepas kelahiran.
  2. Mengurangkan penggunaan ubat penahan sakit. Malah, dalam kebanyakan kes, ia langsung tidak diperlukan.
  3. Ia memendekkan fasa pertama proses bersalin.
  4. Ia mengelakkan rasa letih sepanjang proses bersalin. Anda akan sentiasa segar, tidak mengantuk dan kekal bertenaga apabila tiba waktu bayi di lahirkan.
  5. Mengurangkan risiko masalah pernafasan agar anda mampu mengekalkan bekalan oksigen berpanjang kepada bayi.
  6. Mengurangkan keperluan episiotomi
  7. Membantu proses pemulihan di dalam masa yang singkat.
Perkongsian mereka yang pernah mengamalkan hypnobirthing – KLIK SINI

Cara Latihan Hypnobirthting

Teknik ini boleh dimulakan dari awal kehamilan lagi sehingga akhir kehamilan agar ia lebih mudah berkesan. Berikut adalah cara mudah teknik hypnobirthing.
  • Duduk bersila dalam keadaan rehat.
  • Pusingkan kepala ke arah bahu kanan kemudian kiri sebanyak 8 kali. Kemudian ke arah bahu kiri kemudian kanan sebanyak 8 kali.
  • Letakkan tangan di atas bahu dan pusingkan ke depan sebanyak 8 kali. Kemudian pusingkan ke belakang sebanyak 8 kali.
  • Kemudian berbaring dengan santai.
  • Luruskan tangan kanan dan kiri ke sisi tubuh. Luruskan kaki. Telapak kanan menghadap ke atas.
  • Menegangkan telapak kaki menuju ke betis dan paha dalam kiraan 8, kemudian lepaskan semula.
  • Tutup telapak tangan dan genggam dengan kuat, kerutkan dahi dan lidah naik ke arah lelangit dalam kiraan 8 dan lepaskan.
  • Tarik nafas melalui hidung perlahan-lahan dalam kiraan 8 dan lepaskan melalui mulut. Lakukan 8 kali.
  • Tutup mata dalam kiraan 8 dan buka perlahan-lahan.
  • Perhatikan pada satu titik sehingga mata terasa ingin tertutup, tutup mata perlahan-lahan.
  • Masukkan fikiran positif. Contohnya, “Semoga bayi dalam kandunganku membesar dengan sihat. Aku akan melahirkan dengan cara yang tenang, tidak menyakitkan diriku dan anakku”.
  • Ketika sudah selesai memasukkan fikiran positif, tarik nafas dalam melalui hidung dan hembus semula melalui hidung. Kembali semula kepada keadaan normal.
Semoga latihan teknik ini dapat membantu puan-puan agar bersalin dengan lancar dan kurang rasa sakit. 

 

Ketahui Bagaimana Koyakan Dan Episiotomi Berlaku Semasa Bersalin

Apakah Itu Koyakan?

Ia adalah merujuk kepada pembukaan faraj yang tidak dapat meregang dengan secukupnya untuk menampung kepala bayi, terutama sekali semasa kehamilan yang pertama.

Ini bermakna, apabila kepala bayi menolak ke peringkat kedua  bersalin, ia akan terkoyak. Koyakan sehingga bahagian belakang laluan adalah sangat umum akan tetapi koyakan sehingga bahagian ke hadapan kadang kala sangat menyakitkan.

 

Peringkat Koyakan Yang Perlu Anda Ketahui

1. Peringkat pertama: Ianya adalah paling kurang sakit dan di bahagian luar sahaja

2. Peringkat kedua: Koyakan yang termasuk kulit dan otot pada faraj dan bahagian yang berada di dalamnya

3. Peringkat ketiga: Ia adalah koyakan pada bahagian belakang laluan dan perlu di jahit oleh doktor senior.

 

Apakah itu Episiotomi?

Guntingan dengan sedikit pada bahagian pada pembukaan faraj, untuk meluaskan permukaan faraj, agar mempunyai lebih ruang untuk mengeluarkan bayi. Sesetengah hospital akan melakukan episiotomi secara rutin berbanding hospital lain.

 

Tips Elakkan Koyakan Dan Episiotomi?

Tidak ada cara yang tertentu untuk mengelakkan koyakan & Episiotomi, tetapi anda boleh mencuba beberapa tips di bawah.

  • Cuba untuk menenangkan lantai pelvik anda semasa waktu bersalin dengan melakukan senaman lantai pelvik
  • Berada di dalam posisi yang betul semasa bersalin
  • Cuba untuk menolak selama yang mungkin supaya ia dapat memberikan masa untuk badan meregang
  • Anda boleh cuba meletakkan flanel panas pada perineum anda semasa kelahiran
  • Mengurut bahagian perineum dengan krim atau minyak semasa kehamilan, boleh menolong melembutkan bahagian perineum dan membantu untuk meregang dengan  lebih mudah semasa bersalin

 

Bagi saya, sukar atau mudah untuk bersalin, adalah rezeki masing-masing. Sebab, saya sendiri, pernah mengalami kesukaran untuk bersalin anak sulung dan bersalin anak no dua pula, terlalu mudah berbanding yang sulung. 

Apa yang penting bagi ibu-ibu hamil yang bakal bersalin ni, sediakan minda untuk bersalin. Jangan biarkan emosi negatif mempengaruhi, k. 

 

Yang paling penting, jagalah kesihatan kita selepas melahirkan anak itu. Urat-urat dah banyak yang putus, darah pun banyak yang hilang. Dengan luka dan jahitan lagi. Dengan nak jaga baby dan juga jaga diri. 

Ibu-ibu kena kuat tau! Untuk kesejahteraan ibu dan anak, saya telah memilih SET BERPANTANG TERBAIK ni. Ibu-ibu pula bagaimana?

 

 

 

 

 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
  • sms/whatsapp sahaja :  011-3201 4534 / 011-3201 4534 (fatim)

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *