Kurangkan Risiko Koyakan Semasa Bersalin Dengan Urutan Perineum

 

Apakah Perineum?

Perineum merujuk kepada kawasan di antara dubur dan vagina.

Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memudahkan proses pelahiran yang bakal dilalui dan mengurangkan risiko koyak semasa meneran. 

 

Pada Kehamilan Minggu Berapakah Waktu Yang Sesuai Memulakan Urutan Perineum Ini?

Sebaik-baiknya, mulakan urutan perineum ini pada usia kehamilan dah memasuki tujuh (7) bulan, iaitu bersamaan dengan 27 minggu.

Amalkan urutan ini sehingga hari anda bersalin.

 

Minyak Apakah Sesuai Untuk Digunakan Membuat Urutan Perineum?

Sebelum melakukan rutin urutan, pastikan jari anda benar-benar bersih. Urutan ini boleh dilakukan dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan sumber bahan semula jadi. Antaranya minyak kelapa dara, minyak zaitun dan lain-lain. Dalam pada itu, elakkan penggunaan minyak bayi ataupun jeli petroleum. 

 

Bagaimana Urutan Perineum Ini Di Lakukan?

Pastikan kuku anda pendek, tidak tajam dan benar-benar bersih sebelum melakukan urutan ini. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, untuk mengetahui keadaan diri anda dan kandungan anda.

 

1. Pastikan tangan dan jari anda bersih sebelum melakukan urutan. Pastikan kuku pendek, tidak tajam dan benar-benar bersih.

2. Urutan di lakukan dalam keadaan mencangkung. Boleh juga dilakukan dengan menaikkan kaki sebelah jika dilakukan bersandar. Lakukannya dalam keadaan tenang di bilik anda.

3. Sapukan minyak semulajadi seperti minyak kelapa dara atau minyak zaitun pada jari anda dan bahagian perineum bagi melicinkan pergerakan jari di dalam vagina.

4. Letakkan ibu jari ke dalam dinding vagina.

5. Letakkan  4 jari lagi ke dalam punggung.

6. Mulakan urutan pada bahagian lapisan vagina. 

7. Bayangkan vagina anda seperti jam dan bahagian perineum adalah pada pukul 6.

8. Mula gerakkan ibu jari anda secara perlahan dan lembut dari pukul 3 ke pukul 9.

9. Kemudian, cuba berhenti dan bertahan pada setiap point.

10. Mulakan dengan tekanan sifar pada pukul 3, 4, 5 dan seterusnya.

11. Kemudian lakukan sedikit regangan di tempat-tempat tadi dengan menolak ke dalam tisu pada bahagian tersebut dengan lebih kuat.

12. Setelah itu, cuba lakukan lebih dalam (lebih kurang senggatan kedua jari anda). Di sini akan tercapainya bahagian yang lebih dalam pada lantai pelvik

 

 

 

 

Nota Tambahan:

  • Semasa membuat urutan ini, mungkin anda terasa ingin membuang, walaupun ia bukannya nak membuang sebenar. Rasa nak membuang ni adalah kerana kesan dari urutan perineum yang di buat. 
  • Selepas selesai melakukan urutan perineum, buatlah senaman kegel (kemut). Senaman ini adalah seperti anda sedang menahan buang air kecil atau menahan angin dari keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulangkan semula sehingga 10 kali.
  • Urutan perineum perlu diulang, sekurang-kurangnya 2 kali sehari. (boleh buat selepas selesai mandi). Boleh buat lebih, jika anda mahu.
  • Senaman kemut ini, boleh je di lakukan pada bila-bila masa. Tidak semestinya hanya selepas membuat urutan perineum sahaja. Kebaikan senaman kemut ini adalah untuk membuatkan otot vagina menjadi lebih anjal. Dengan kata lain, otot tu boleh mengembang dengan lebih baik bila kita dah nak bersalin nanti.

Urutan perineum ini dapat membantu mengurangkan risiko berlakunya koyakan semasa bersalin. Namun, saya juga nasihatkan anda, agar semasa bersalin, elakkan diri dari mengangkat punggung. Sebab mengangkat punggung semasa meneran juga boleh membuatkan koyakan berlaku.

 

 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
  • sms/whatsapp sahaja :  011-3201 4534 / 011-3201 4534 (fatim)

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *