Ketahui Punca Bagaimana Keguguran Boleh Berlaku Dan Bila Boleh Hamil Semula

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ..

 

 

 

Apakah Keguguran Awal Kehamilan

Keguguran pada awal kehamilan ialah keguguran yang berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Agak malang kerana perkara ini kerap berlaku, malah tidak mustahil bagi anda mengalami keguguran walaupun sebelum anda tahu bahawa anda hamil. 

Dianggarkan sebanyak tiga perempat daripada semua telur yang disenyawakan akan gugur dalam minggu-minggu awal kehamilan ini. 

Selepas ujian kehamilan yang positif, terdapat kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur. Waktu inilah kebanyakan kes keguguran berlaku. 

Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan boleh jadi amat menyedihkan. Walaupun ia berlaku semasa awal kehamilan, adalah perkara biasa bagi seseorang wanita itu rasa terkejut dan kecewa. Jangan rasa bahawa anda tidak dibenarkan berkabung akibat kehilangan ini. 

 

Kenali Jenis-Jenis Keguguran

1.‘Threatened miscarriage’.

  • Diagnosis ini dibuat sekiranya terdapat pendarahan dari faraj, tetapi apabila imbasan scan dibuat, jantung janin dapat dilihat di dalam rahim.
  • Pemeriksaan dalaman akan menunjukkan pangkal rahim masih tertutup. Doktor dapat memberikan ubat bernama Duphaston untuk menguatkan rahim dalam kes ini.

 

2. ‘Inevitable miscarriage’.

  • Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan banyak dari faraj dan kesakitan perut berlaku, tetapi apabila pangkal rahim diperiksa menunjukkan ianya sudah terbuka.

 

3. ‘Complete miscarriage’.

  • Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku.
  • Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar.
  • Selepas ketulan darah atau tisu itu keluar, kesakitan dan pendarahan berkurangan. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya sudah tertutup.

 

4. ‘Incomplete miscarriage’.

  • Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku. Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar.
  • Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya masih terbuka dan masih terdapat daging/ tisu janin di dalam rahim.

 

5. ‘Missed miscarriage‘.

  • Diagnosis ini selalunya akan dibuat semasa imbasan scan dibuat di mana janin dapat dilihat tetapi tiada degupan jantung dapat dikesan.
  • Selalunya degupan jantung janin boleh dikesan pada minggu keenam kehamilan. Kadang-kala size kantung tersebut tidak membesar langsung.
  • Wanita tersebut selalunya samada tidak mengalami sebarang simptom atau mengalami pendarahan faraj yang sedikit sahaja.

 

6. ‘Blighted ovum’.

  • Diagnosis ini akan dibuat semasa imbasan scan jika hanya kantung sahaja dapat dilihat. Sekiranya kantung bersaiz 20mm, tetapi tiada janin (‘fetal echo’) yang dapat dilihat.
  • Diagnosis blighted ovum akan dibuat oleh doktor. Ini disebabkan oleh pembentukan uri sahaja dan janin tidak pula terbentuk.

 

7. ‘Septic miscarriage’.

  • Ini berlaku sekiranya terdapat infeksi rahim berlaku pada waktu yang sama dengan keguguran

 

Punca Keguguran Boleh Berlaku

Keguguran adalah satu perkara atau situasi yang sebaik mungkin seorang wanita yang sedang mengandung cuba elakkan.Ini adalah kerana, keguguran boleh berlaku atas pelbagai jenis alasan dan penyebab. Kadang-kala keguguran boleh berlaku jika seseorang wanita itu tergelincir, makan sesuatu yang membuat rahimnya lemah, wanita tersebut melakukan aktiviti lasak dan tidak menyedari bahawa dia sedang mengandung.

Saya ingin berkongsi bersama anda, mengenai punca keguguran yang sering berlaku, menurut pengalaman seorang Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, iaitu Prof. Datuk Dr. Hamid Arshat

 

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan keguguran berlaku dan ini berbeza antara keguguran yang berlaku pada trimester 1 dan 2 kehamilan:

a) Kromosom yang abnormal pada janin. Ini adalah faktor utama keguguran berlaku pada trimester pertama

b) Implantasi yang tidak elok

c) Penyakit medikal yang kronik yang dihidapi oleh wanita tersebut

d) Infeksi faraj. Keguguran selalunya akan berlaku pada trimester kedua.

e) Trauma yang teruk pada wanita. Contohnya seperti ‘accident’ kereta/ motorsikal

f) Pangkal rahim yang tidak kuat yang dikenali sebagai ‘cervical incompetence’. Ini selalunya hanya akan menyebabkan keguguran pada trimester kedua.

g) Pengambilan makanan seperti buah nanas pada awal kehamilan, boleh merangsang hormon prostaglandin. Hormon prostaglandin ini selalunya digunakan oleh doktor bagi membantu ibu hamil sebagai ubat induce, iaitu untuk merangsang ibu untuk bersalin. Jika di ambil pada awal kehamilan, ia boleh mengundang kepada keguguran.

h) Pengambilan minuman air kopi atau teh pada awal kehamilan boleh menyempitkan salur darah dan menyebabkan fetus sukar untuk melekat. Ia perlu dielakkan terutamanya jika anda pernah mengalami keguguran sebelum ini.

i) Kurang pengambilan protein di awal kehamilan

j) Ibu hamil terlalu aktif semasa awal kehamilan. Ia biasa berlaku, jika ibu tersebut tidak menyedari beliau sedang hamil.

Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, bakal suami atau isteri, akan dikaji.

PUNCA KEGUGURAN

KEGUGURAN merupakan salah satu fenomena yang biasa. Bagaimanapun, keguguran merupakan sesuatu yang amat ditakuti bagi setengah-setengah wanita. Ada yang berpendapat, kalau boleh setiap kali mengandung, biarlah sehingga bayi yang dikandung selamat dilahirkan.

Ada di kalangan wanita mengandung dan mengalami keguguran berulang kali. Ikuti penerangan selanjutnya berdasarkan soal-jawab bersama Datuk Dr. Hamid Arshat.

SOALAN: Jika seseorang wanita mengandung dan kemudian mengalami keguguran berulang kali, apakah ini merupakan sesuatu yang normal?

JAWAPAN:

  • Wanita yang mengandung kemudian gugur, ia sebenarnya perkara biasa. Tetapi jika ia berlaku sekurang-kurangnya sehingga tiga kali berturut-turut, wanita ini mempunyai masalah dari segi kesuburan. Khususnya bagi wanita yang masih belum dikurniakan zuriat. Maksudnya setiap kali wanita ini mengandung, dia mengalami keguguran.
  • Keguguran yang berlaku biasanya wanita mengalami pendarahan. Pendarahan ini berlaku lebih banyak dari pendarahan haid. Namun ada juga yang mengalami pendarahan sedikit sahaja. Bagaimanapun, tak semestinya keguguran berlaku mengeluarkan darah.

SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: 

  • Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.
  • Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.
  • Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.
  • Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
  • Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?

JAWAPAN:

  • Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.

SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?

JAWAPAN: 

  • Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.
  • Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.
  • Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.
  • Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:

Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:

  • Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung. Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.
  • Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti kesan beberapa jenis virus CMG, herpes simpleks dan rubela.
  • Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.
  • Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.

SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?

JAWAPAN:

  • Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.
  • Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan sehingga kandungan berusia tiga bulan.
  • Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
  • Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.

SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?

JAWAPAN:

  • Ada setengah cara rawatan pesakit dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin. Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
  • Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Wanita yang mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi

  • Umur wanita. Semakin berumur wanita tersebut semakin tinggi risiko untuk keguguran
  • Sejarah keguguran.
  • Penyakit medikal kronik seperti kencing manis, polycystic ovarian syndrom dan penyakit autoimmun seperti antiphospholid syndrom.
  • Sejarah keluarga baby abnormal
  • Pangkal rahim yang lemah (‘Cervical incompetence’)
  • Merokok
  • Meminum alkohol

Rawatan untuk keguguran

Ini terpulang kepada jenis keguguran yang berlaku. Antara rawatan yang akan diberikan:

  • Konservatif. Apabila masanya, janin yang tidak terbentuk normal akan jatuh dengan sendirinya. Oleh itu, boleh menunggu dalam anggaran 2 minggu dahulu.
  • D & C. (Dilatation & Curettage) Pembedahan minor di mana pencucian rahim akan dibuat untuk mengeluarkan janin yang tidak terbentuk dengan normal
  • ‘Medical termination’. Sejenis ubat khusus boleh diberikan samaada melalui faraj atau dimakan yang menyebabkan pangkal rahim akan terbuka dan janin tersebut jatuh keluar.

Hendaklah berbincang dengan doktor untuk rawatan yang mana paling sesuai untuk anda. Selepas keguguran, seelok-eloknya hendaklah menunggu selama 3 bulan sebelum mencuba untuk hamil semula.

Supplemen Shaklee Cadangan Untuk Mengurangkan Risiko Keguguran

 

Klik untuk buat belian atas talian

1. Vita-E Complex
  • vitamin E membantu fetus melekat pada dinding rahim dengan lebih kukuh
2. Energizing Soy Protein
  • ESP mengandungi protein yang membantu mengekalkan paras imun sistem ibu pada tahap imun.
  • protein juga sangat penting dalam menyokong pertumbesaran janin

3. Sustained Release Vita-C Plus

  • Vitamin C membantu meningkatkan paras imunisasi bagi ibu hamil dan bayi yang di kandung
  • jika imun sistem ibu terlalu rendah, sistem pertahanan ibu mudah diserang virus walaupun oleh virus yang lemah.

Bila Boleh Hamil Semula Selepas Berlakunya Keguguran

Jika seseorang itu keguguran selepas kehamilan 6-8 minggu, kecederaan fizikal beliau tidak seteruk wanita yang keguguran selepas kehamilan pada usia kehamilan 10-12 minggu.

Selalunya tempoh penyembuhan berlaku selepas dalam tempoh empat hingga enam minggu. Ini bermakna tubuh puan benar-benar bersedia selepas itu. Namun, terdapat juga wanita yang mengalami masalah gangguan kitaran haid selepas keguguran.

Jika puan telah bersedia, sihat, kembali tenang, puan boleh mula merancang untuk hamil semula selepas kedatangan haid.

Walau bagaimanapun, jika puan mengalami keguguran dua kali atau lebih, sebaik-baiknya, jumpalah doktor pakar puan untuk membuat pemeriksaan bagi mengetahui lebih lanjut punca pun keguguran. Jika tidak, puan akan mengalami keguguran setiap kali puan hamil.

Tingkatkan Peluang Hamil Dengan Vitamin Shaklee

Kenapa tidak anda mencuba dengan mengambil suplemen Shaklee bagi memaksimumkan peluang untuk mengandung? Anda boleh mencuba vitamin kesuburan suami dan isteri seperti cadangan berikut:

Klik untuk buat pembelian secara online

1) Zinc Complex

Zink berkesan terhadap pelbagai hormon seperti hormon seksual, hormon tiroid, kemandulan bagi lelaki dan perempuan, prostat dan tiroid yang tak aktif . Zink yang kurang adalah antara penyebab kemandulan. Istilahnya “Below the level of technical sterility”  bermaksud ‘di bawah paras kesuburan’. Ia boleh mempengaruhi bilangan dan pergerakan sperma. Oleh itu, zink perlu untuk memaksimumkan kesuburan.

2) Vitalea 

Pengambilan Vitalea adalah untuk memastikan keperluan tubuh terhadap 12 vitamin dan 7 galian dapat dipenuhi dengan hanya sejenis supplemen. Pengambilan makanan seharian kita tak dapat menampung keperluan ini atas pelbagai kekangan. Vtalea atau multivitamin Shaklee dapat memenugi mineral penting bagi diperlukan tubuh.

3) B Complex

Berperanan mengelakkan kemurungan (anti-stress) dan membantu untuk hormon untuk stabil. Asid Folik dan Biotin juga turut terkandung dalam B Complex dan sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon.

4) Vitamin E 

Vitamin E meningkatkan hormon seks bagi lelaki atau wanita. Uniknya Vitamin E Shaklee adalah kerana ianya mengandungi silenium. Biasanya, lambakan Vitamin E lain di pasaran, silenium dijual berasingan. Selain itu, ia bagus untuk kesihatan jantung dan boleh meningkatkan pengeluaran hormon testosteron.

5) GLA Complex

Berperanan membantu mengatasi masalah haid tidak yang teratur dan membantu menghasilkan cecair serviks yang subur dan berkualiti. Lebih baik dari Primrose Oil.

6) Alfalfa Complex

Alfalfa ini sangat popular dengan gelaran vitamin cinta. Ia membantu mengatasi rasa “sakit ketika bersenggama”, menghindarkan masalah keputihan, haid yang tak teratur, senggugut dan fungsinya seperti herba Kacip Fatimah.

Testimoni Mereka Yang Dah Mencuba Set Kesuburan Shaklee

 

Terlebih dahulu terima kasih untuk adik ipar saya Adilah Manaf Celikvitamin kerana memperkenalkan produk shaklee kepada saya. Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami. Saya mula mengamalkan set kesuburan shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan. Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa. Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap. Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan set kesuburan, set kehamilan,set berpantang dan set menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian…

 

 

 

 

 

 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
  • sms/whatsapp sahaja :  011-3201 4534 / 011-3201 4534 (fatim)

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *