Adakah Berat Badan Anda Bertambah Terlalu Banyak Semasa Hamil?

Setiap ibu yang sedang hamil, sering kali di momokkan dengan pelbagai cerita mengenai pertambahan berat badan semasa hamil.

Pernah tak anda mendengar orang kata, “kalau dah mengandung, berat badan susah nak turun”. Lebih-lebih lagi, jika anda seorang yang mempunyai bentuk tubuh badan yang langsing semasa masih anak dara, mesti ada sahaja suara yang berkata, “nanti dah kahwin esok, badan memang akan gemuk punya”. hehe. 

Percayalah.. Itu cuma dongeng semata-mata. Tidak semua wanita yang hamil, berat bertambah banyak dan menyebabkan mereka menjadi sukar untuk kembali kurus. Ada seorang kawan saya, dia baru selepas seminggu melahirkan anak, saiz badan dia dah kembali ke saiz S. Sampai doktor yang dia jumpa untuk pemeriksaan anak pun tak percaya yang dia baru seminggu selepas bersalin. Best tak ? Best tak?

Ingat, walaupun sekarang berat anda bertambah 10 kg dari sebelumnya, sudah pasti selepas anda bersalin esok, berat badan akan berjaya kembali kepada berat normal yang asal. Yang penting, anda kena jaga betul-betul semasa tengah berpantang. Makan minum semua kena ikut apa yang sesuai untuk ibu berpantang. 

Seringkali kita di kaitkan bahawa, jika seorang itu hamil, sudah pasti berat badan akan bertambah. Samada bertambah dengan banyak atau terlalu sedikit. Jadi, berapakah berat pertambahan yang sesuai untuk ibu hamil?

 

 

Kenapa Berat Badan Ibu Hamil Boleh Bertambah?

Semasa hamil, berat yang bertambah bukan sahaja lemak pada badan ibu, bahkan ia juga terdiri daripada beberapa komponen.

Komponen Janin, yang menyumbang berat dari segi:

  • berat janin
  • berat plasenta
  • berat cairan amnion (air ketuban)
Komponen ibu, yang turut menyumbang berat dari segi:
  • uterus payu dara
  • darah
  • cairan extraselular
  • lemak

 

Boleh Ke Ibu Hamil Mendapat Kenaikan Berat Yang Keterlaluan Semasa Hamil?

Pertambahan berat badan yang di luar julat BMI normal untuk ibu hamil, adalah perlu sangat untuk di elakkan.

Ini kerana, pertambahan berat badan yang melampau pada ibu hamil, boleh mengundang kepada beberapa masalah.

Antara risiko yang merbahaya jika berat badan naik terlalu mendadak dan banyak semasa hamil, adalah:

  • risiko tinggi untuk mendapat penyakit darah tinggi
  • berisiko untuk mendapat penyakit kencing manis (jika ibu ada sakit kencing manis, risiko untuk melahirkan anak dengan berat lebih 4kg, lebih tinggi)
  • risiko untuk mendapat penyakit ulu hati dan sakit belakang
  • pre-eklampsia turut menyusul selepas sakit darah tinggi
  • bayi terlalu besar sehingga sukar untuk bersalin secara normal 
  • sukar untuk mendapat berat badan yang ideal selepas bersalin 
  • berisiko tinggi untuk bersalin secara caesarean
  • mudah merasa letih dan lesu
  • emosi mudah tidak stabil dan mudah stress

 

 

Boleh ke nak kawal pertambahan berat badan semasa hamil?

Boleh. Sebab saya sendiri dah merasainya. Saya sendiri turut mengamalkannya, bagi membantu dalam mengawal pertambahan berat badan  agar tidak naik mendadak dan keterlaluan. 

Kawal Jumlah Kalori (Bukan Pengambilan Lemak) untuk mendapatkan zat pemakanan dan berat badan yang optimum semasa hamil

Berapa banyak khasiat yang perlu diambil semasa anda mengandung? Adakah semua lemak tidak baik untuk anda? Jom ketahui beberapa persepsi yang salah yang kerap di lalui oleh ibu semasa mengandung. Kebanyakan para ibu di asia, bimbang dengan penambahan berat yang ketara semasa mengandung.

Persoalan ini sering timbul kerana mereka kerap tersalah anggap bahawa susu itu menggemukkan dan pengambilan lemak (tanpa mengambil kira jenis lemak) adalah fakta utama yang menyumbang kepada penambahan berat badan anda.

Hakikatnya, sebagai ibu yang mengandung atau sedang menyusukan bayi, anda perlu mengetahui tentang kalori tambahan yang diperlukan untuk memastikan bayi anda membesar dengan sihat dan cerdas. Kalori boleh diperolehi daripada 3 kumpulan makanan utama seperti karbohidrat, protein dan juga lemak.

Jadi, jika produk makanan mengandungi karbohidrat (atau gula) dan protein yang tinggi, kandungan kalorinya masih tinggi walaupun lemaknya rendah.

 

Berapa banyak kalori tambahan yang diperlukan semasa mengandung?

Ramai yang beranggapan, jika anda mengandung, anda perlu makan untuk ‘dua orang’. Kalau wanita yang hamil kembar, sudah pasti minda anda akan memikirkan yang ‘tiga orang’ perlu makan. Betul kan? Tetapi, perlulah di ingat, ia bukan bermakna anda perlu dua kali ganda atau tiga kali ganda dari jumlah yang anda biasa makan.

Dari bulan ke-3 kehamilan dan seterusnya, ibu-ibu hamil perlu mengambil 300 kalori tambahan sehari di samping diet harian biasa.Untuk memastikan janin mendapat semua khasiat penting yang diperlukan, diet anda juga perlu terdiri daripada makanan yang kaya dengan zat makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan susu yang diperkayakan dengan kalsium.

Jom tengok jadual di bawah, sebagai rujukan pengambilan zat harian semasa sebelum hamil dan semasa hamil. 🙂

Nutrien Penting Keperluan Harian Pra-Kehamilan Keperluan Harian Semasa Hamil
Karbohidrat 130g 175g (tambahan 45g)
Protein 46g 71g (tambahan 25g)
Lemak 20-35g+ 20-35g+
Jumlah Kalori 2200kkal 2500kkal (tambahan 300kkal)

+ Julat pengagihan Macronutrien diterima

 

Nutrien Penting Lain Keperluan Harian Pra-Kehamilan Keperluan Harian Semasa Hamil
Folat 400 µg DFE++ 600 µg DFE++
Kalsium 1000 mg 1000 mg
Vitamin D 5.0 µg  5.0 µg

++ Asid Folik 400 µg = 680 DFE (Dietary Folat Equivalence)

 

Pengambilan Lemak Baik Semasa Hamil

Walaupun perkataan lemak bunyinya agak negatif, tetapi hakikatnya ibu-ibu yang hamil dan menyusukan bayi perlukan nutrisi lemak dalam diet harian mereka. Tetapi, bukan semua jenis lemak sesuai untuk ibu hamil. Gangliosida dan asid Dokosaheksanoik (DHA), adalah dalam kumpulan “lemak baik” yang harus ibu hamil amalkan.

Lebih kurang 2/3 otak manusia terdiri daripada lemak. Gangliosida adalah lemak kompleks yang berkonsentrasi tinggi di dalam otak dan penting untuk pertumbuhan otak di awal usia si manja. Di dalam kajian Fonterra yang dijalankan oleh liggins Institute dan University of Auckland & Pusat Penyelidikan Kebangsaan bagi Pertumbuhan dan Perkembangan, mendapati bahawa Gangliosida yang terkandung di dalam susu boleh disalurkan melalui manusia dan dibekalkan kepada janin yang sedang membesar.

Selain Gangliosida, DHA juga di dapati berkepekatan tinggi di dalam otak manusia. DHA adalah penting bagi pertumbuhan otak dan mata yang optimum. Jadi, anda tidak seharusnya mengelak daripada mengambil lemak kerana anda memerlukan Gangliosida dan DHA semasa kehamilan untuk menyokong pertumbuhan bayi.

 

Apakah vitamin Shaklee yang sesuai untuk ibu hamil?

Apakah Vitamin Shaklee Yang Boleh Di Ambil Semasa Hamil, Bagi Mengawal Pertambahan Berat Badan?

 

Klik untuk buat belian atas talian

 

Untuk mengawal berat badan semasa hamil, saya sarankan kepada anda untuk mengambil vitamin SET IBU HAMIL TERBAIK. Di dalam set ini, terdiri dari 5 vitamin asas, dan satu vitamin tambahan untuk ibu yang hamil trimester kedua & ketiga.

 

5 Vitamin Asas yang perlu untuk anda ambil adalah:

  • Sustained Release Vita-C
  • B Complex
  • Energizing Soy Protein
  • Ostematrix
  • Vita-Lea Iron Formula

 

Vitamin tambahan untuk ibu hamil trimester kedua & ketiga adalah:
  • Omega Guard

Bagi yang sudah mengamalkan vitamin Shaklee semasa hamil, dan sekarang turut mengambil vitamin Omega Guard, di sarankan agar anda berhenti mengambilnya sekurang-kurang sebulan sebelum tarikh EDD. 

Ini kerana, Omega Guard boleh bertindak sebagai pencair darah. Dan ia tidak sesuai diambil sebelum bersalin.
Tapi, Omega Guard sangat membantu, jika anda mengambil selepas anda bersalin. Kerana, Omega Guard membantu untuk mengurangkan bengkak selepas jahitan dan luka-luka dalaman selepas bersalin.
Kesemua vitamin yang di ambil dalam set ibu hamil, boleh di teruskan semasa berpantang.

Testimoni Yang Dah Mencuba Set Ibu Hamil Terbaik Shaklee

 

 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
  • sms/whatsapp sahaja :  011-3201 4534 / 011-3201 4534 (fatim)

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *