Ketahui 17 Rahsia Kesuburan Untuk Mudah Hamil

Mempunyai cahaya mata sendiri, adalah impian setiap pasangan.. Tiada pasangan yang dah berkahwin, akan mengatakan, bahawa mereka lebih suka tinggal berdua.. Betul tak?

 

 

Jadi, saya ingin berkongsi 17 Rahsia Kesuburan untuk memperhebatkan lagi kesuburan anda dan pasangan anda.

 

Rahsia #1: Kesuburan Wanita + Kesuburan Lelaki

Kedua-dua isteri dan suami memainkan peranan penting bagi menjayakan usaha untuk hamil ini. Oleh itu, secara menyeluruhnya kesuburan wanita dan kesuburan lelaki amat penting dalam usaha mendapatkan cahaya mata.

Di bawah ini saya ringkaskan apa yang diperlukan untuk kesuburan wanita dan kesuburan lelaki sekurang-kurang untuk 1 hingga 6 bulan sebelum perancangan untuk hamil:-

Kesuburan Wanita 

Anda hendaklah peka dengan mengenalpasti hari subur anda setiap bulan. Pastikan kitaran haid anda dalam keadaan normal iaitu 28-30 hari dalam satu kitaran setiap bulan. Ini untuk memudahkan anda tahu hari subur anda akan jatuh pada hari ke-13 dan ke-14. Jika kitaran haid anda tidak menentu, pastikan anda mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organic serta mengawal berat badan dengan bersenam secara teratur.

Makanan yang perlu anda elakkan jika ingin hamil adalah kafein, alcohol, coklat, tuna, daging @ telur separuh mentah dan makanan segera yang mengandungi bahan pengawet, pewarna tiruan, lemak trans (trans fat), perisa tiruan, dan MSG seperti KFC, McDonald, burger, Kentang goreng (French Fries) dan sebagainya.

Banyakkan mengambil sayur-sayuran, buah-buahan serta kekacang yang kaya protin. Anda juga digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 6-8 gelas air kosong sehari serta penting sekali lagi mengamalkan pemakanan yang seimbang. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin seperti alat-alat bercucuk-tanam (gardening products). ·

Pastikan anda mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (Set Kesuburan Wanita) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

Bagi wanita yang mengalami tiub fallopio tersumbat atau berumur 30 tahun ke atas, anda digalakkan mengambil GLA Complex untuk meningkatkan bendalir mukus subur yang melindungi sperma ketika bersama.

Kesuburan Lelaki

Untuk memastikan penghasilan sperma yang sihat, anda digalakkan mengurangkan @ berhenti merokok, tidak memakai seluar yang ketat, elakkan mandi air panas dan sauna serta amalkan senaman yang teratur.

Pastikan anda juga merancang masa untuk bersama isteri selari dengan hari subur isteri untuk bercuti agar tidak tertekan dan anda akan lebih gembira bersama isteri anda.  Anda digalakkan minum kopi dan mengambil bawang putih serta mengamalkan pemakanan yang seimbang dan organik. ·

Jauhkan diri anda dengan produk-produk kimia dan bertoksin racun serangga perosak, lead dan larutan organik.

Pastikan anda juga mengambil vitamin dan mineral yang diperlukan setiap hari (Set Kesuburan Lelaki) bagi memastikan anda mendapat bekalan vitamin dan mineral yang secukupnya untuk meningkatkan lagi peluang anda untuk hamil.

 

Rahsia #2: Posisi Hubungan Seksual Untuk Hamil

Walaupun belum terdapat bukti yang kukuh bahawa posisi seksual tertentu lebih baik dari posisi seks yang lain dapat meningkatkan potensi kehamilan, karana kehamilan selalunya mungkin terjadi selama penis berada dalam vagina sewaktu ejakulasi.

Tetapi bagi anda yang mengidamkan kehadiran cahayamata, tidak ada salahnya mencuba tips posisi seks terbaik untuk hamil seperti dibawah ini 🙂

a- Yang pertama, posisi suami diatas adalah yang terbaik untuk ingin hamil. Letakkan sebuah bantal kecil dibahagian pinggul anda, sehingga panggul anda beristirahat untuk menampung sejumlah sperma selama 15 menit atau lebih. Dan memudahkan sperma berenang ke dalam rahim. Jangan menggunakan bantal yang besar akan menyebabkan sperma tergenang dibelakang rahim saja dan sukar untuk berenang untuk mendapatkan sel telur. Sehingga menjadikan usaha anda sia-sia saja.

b- Yang kedua, posisi suami dibelakang dan berlutut, sementara isteri dalam keadaan seperti bersujud kerana dengan posisi seks ini, sperma akan terus ke rahim wanita untuk bertemu dengan sel telur. Walaubagaimanapun, kebanyakkan isteri tidak berasa selesa dengan dengan posisi ini.

Posisi seksual yang sebaiknya di HINDARI 

bila anda ingin hamil adalah posisi wanita di atas, duduk atau berdiri, yang akan menyebabkan sebahagian dari sperma keluar dan hanya saki-baki sperma yang sedikit saja yang mencuba berenang kearah sel telur.

Setakat ini, tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa jika anda tidak bergerak gerak selepas hubungan akan meningkatkan potensi untuk hamil. Ini kerana sebenarnya sperma sudah berada di dalam servik – rahim – sesaat setelah ejakulasi berlaku.

Namun anda digalakkan memberi masa untuk sperma berenang ke servik rahim.

Anda juga diingatkan agar tidak membersihkan vagina anda dengan cairan pembersih vagina setelah melakukan hubungan seksual kerana cairan pembersih vagina adalah bersifat toksik untuk sperma yang menyebabkan sperma mati.

Posisi seksual hanyalah salah satu dari banyak perkara yang dapat anda cuba dalam berusaha untuk mendapatkan zuriat atau ingin hamil.

 

Rahsia #3: Tiga Rahsia Kehamilan

Bayi yang sihat tidak terjadi dengan hanya sperma bertemu sel telur. Terdapat 3 rahsia penting kehamilan untuk membolehkan kita menghasilkan fetus yang sihat dan agar ianya bertahan sehingga cukup bulan selama tempoh kehamilan.

Rahsia Pertama – Elakkan penghasilan telur dan sperma lama

Dalam kajian saya, penghasilan fetus yang sihat dan kuat, kedua-dua suami dan isteri hendaklah mengeluarkan telur dan sperma yang segar. Ini bermaksud elakkan hubungan seks beberapa hari sebelum hari subur isteri anda, kerana sperma boleh bertahan selama 3 hari. Selepas 3 hari sperma ini akan lama dan rosak.

Jika hari subur isteri jatuh pada hari ke-13 dan-14, maka anda digalakkan bersama setiap hari atau selang sehari pada hari ke-11, ke-12, ke-13 dan ke-14. Elakkan bersama selepas hari ke-14.

Contohnya hari pertama haid anda adalah 2/7/2009, maka hari subur anda adalah 14/7/2009 dan 15/7/2009. Anda digalakkan bersama suami sekerap yang mungkin atau selang sehari pada 12/7/2009, 13/7/2009, 14/7/2009 dan 15/7/2009 dan berhenti bersama pada hari yang berikutnya,iaitu 16/7/2009 untuk mengelakkan telur dan sperma sudah tamat tempoh bagi mengurangkan risiko keguguran.

Rahsia Kedua – Tingkatkan bilangan sperma sehingga hari subur

Bagi si suami pula, anda dinasihat tidak melakukan ejakulasi langsung 3 hari sebelum hari subur isteri anda bagi meningkatkan bilangan sperma dan menjamin kualiti sperma yang dihasilkan sehingga hari subur isteri anda

Rahsia Ketiga – Jangan cuba berkonsepsi jika hari subur (ovulasi) anda jatuh pada hari ke-17 atau lewat

Saya dapati masa optima untuk hari subur (ovulasi) adalah hari-14 atau awal, apabila peluang untuk menghasilkan fetus yang sihat adalah 90%. Jika hari subur anda jatuh pada hari ke-15 atau lewat peluang tersebut jatuh kepada 43%.
Hari subur yang lewat juga meningkatkan risiko keguguran kerana sel telur yang dihasil telah lama dan rosak, dimana ia akan mengurang penghasilan hormone progesterone, iaitu hormone yang menyiapkan uterus atau rahim anda untuk proses kehamilan dan menghalang kedatangan haid anda.

Kelewatan hari subur anda boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Oleh itu, saya nasihatkan anda semak balik pemakanan seimbang anda, mengawal berat badan anda dengan senaman yang teratur, pengambilan vitamin dan mineral yang secukupnya dan tidak tertekan(stress).

 

Rahsia #4: Sentiasa Berdoa & Bertawakal

Bagi yang beragama Islam kita digalakkan berdoa dan bertawakal. Mudah-mudahan dikurniakan apa yang kita idamkan. Di bawah saya sertakan doa untuk mendapat anak yang amat digalakkan baca setiap kali selepas solat:-

 

 

 

Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as. Di sanalah Zakaria mendo’a kepada Tuhannya seraya berkata:

 

 

 

Rahsia #5 : Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

  • Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian).
  • Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan.
  • Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

 

Rahsia #6 : Jumpa Doktor Anda

  • Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor.
  • Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil.
  • Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil.
  • Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

 

Rahsia #7 : Dapatkan Berat Badan yang Ideal

  • Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda.
  • Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

 

Rahsia #8 : Ketahui Waktu Subur Anda

  • Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.
  • Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur.
  • Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan.
  • Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

 

Rahsia #9 : Hubungan Seks Yang Lebih Kerap

  • Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat.
  • Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari.
  • Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position).
  • Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.
  • Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

 

Rahsia #10 : Tingkatkan Kesuburan Suami

  • Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras.
  • Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

 

 

Rahsia #11 : Mengambil Multivitamin

  • Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.
  • Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc, vitamin E atau Vivix untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

Baca Sini –> Tingkatkan tahap kesuburan suami dengan vitamin kesuburan

 

Rahsia #12 : Bersenam Secara Rutin

  • Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

 

Rahsia #13 : Mengambil Makanan yang Seimbang
Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.
Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. 
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese

 

Rahsia #14 : Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami

 

Rahsia #15 : Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras

  • Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan.
  • Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

 

 

Rahsia #16 : Tingkatkan Kesuburan Isteri Dengan Carta BBT (Basal Body Temperature)

 

Carta suhu BBT adalah satu kaedah mengesan penetasan telur/ovulation yang paling mudah, tepat dan murah harganya. Alat suhu ini adalah alat suhu yang khas, yang sering digelar sebagai ovualtion / fertility thermometer yang boleh diberi di farmasi dan ia disertai dengan kertas carta kosong yang perlu diisi mengikut sukatan suhu yang diukur pagi hari, sejurus sedar dari tidur dan belum melakukan apa-apa aktiviti.

 

Terdapat tiga perkara yang berlaku sewaktu anda akan haid:

  1. Pengeluaran hormon haid
  2. Penetasan telur
  3. Penebalan dinding rahim dan peluruhannya sebagai darah haid

 

 

Tanda-Tanda Kesuburan Lain Yang Anda Perlu Tahu 
Mukus serviks mempunyai corak yang berlainan, sepanjang kitaran anda. Mukus ini boleh dirasai hanya dengan jari.
Sebagai contoh, anda mempunyai kitar haid 28 hari.
❀ Hari 1 – 6 = tempoh haid anda
❀ Hari 7 – 9 = Kering, dimana tiada mukus yang banyak di jari anda.
❀ Hari 10 – 11 = Melekit, di mana anda boleh mendapat mukus yang melekit di jari anda
❀ Hari 12 – 15 = Berkrim, di mana anda boleh mendapat mukus yang menjadi keputihan seperti losyen apabila anda menggosokkan jari. Kadang-kadang ia berair. Ini juga merupakan tanda kesuburan anda.
❀ Hari 16 – 18 = telur putih mukus. dipanggil kerana persamaan dengan telur putih mentah. Ia sama ada jelas atau tercoret danenghasilkan mukus yang tebal.
❀ Hari 19 – 28 = Kering, di mana tiada mukus yang banyak di jari anda.

 

Rahsia #17: Sediakan Makanan Yang Boleh Tingkatkan Kesuburan Suami

1. Tiram

tiram-sebagai-penapis-air-semulajadi-655x360

 

Dikenali sebagai makanan afrodisk, tiram mengandungi zink dan membantu untuk meningkatkan penghasilan sperma dan testosteron. Ini merupakan ‘bahan-bahan’ yang tepat untuk menghasilkan seorang bayi.

Jika suami tidak berminat untuk memakan tiram, anda juga boleh memberi makanan yang kaya dengan zink seperti daging lembu, daging ayam, produk tenusu, kekacang, telur, bijirin penuh dan kacang.

 

2. Buah-buahan dan sayur-sayuran

buah dan sayur

 

Antioksida yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran, membantu untuk melindungi sperma daripada kerosakan dan akan memastikan ia kekal sihat dan kuat. Sperma yang sihat adalah sesuatu yang amat penting – si sperma harus pantas berenang ke arah tiub fallopio dan mensenyawakan telur. Makanlah vitamin A yang boleh menghalang sperma yang lambat dan malas.

Vitamin A boleh di dapati di dalam vitamin Shaklee seperti Carotomax dan Vita-Lea Iron Formula

Vitamin C membantu sperma lebih pantas dan lebih kuat. Antara sumber terbaik vitamin C yang boleh di amalkan adalah seperti jus oren, tomato, limau gedang dan brokoli. Vitamin E juga boleh menguatkan sperma dan sumber vitamin adalah minyak sayuran yang berwarna hijau, kekacang dan kebanyakkan buah-buahan turut mengandungi asid folik.

Asid folik boleh menghalang sperma daripada sebarang ketidaknormalan kromosom. Anda juga boleh memilih untuk mengambil keledek di dalam diet suami anda, kerana ia mengandungi semua vitamin di atas – Vitamin A, C, E dan asid Folik.

Untuk mendapatkan vitamin C, E dan Asid Folik Shaklee anda boleh memilih Sustained Release Vita-C, Vita-E Complex dan B Complex.

 

3. Jus buah delima

Jus-delima

 

Buah delima mengandungi antioksida yang tinggi. Menurut sebuah kajian yang telah dijalankan ke atas tikus makmal, jus buah delima boleh meningkatkan bilangan dan kualiti sperma. Hebatkan ?

Vitamin yang tinggi antioksida adalah vitamin A, C dan E. Produk Shaklee yang turut mengandungi antioksidan yang tinggi adalah Vivix.

 

4. Biji benih buah labu

 

biji benih buah labu

 

Biji benih buah labu mengandungi dos zink yang tinggi. Ini akan meningkatkan bilangan testosteron dan sperma. Ia juga mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi yang membantu merangsangkan pengaliran darah ke organ seks dan memperbaiki fungsi seksualnya. Anda boleh mendapat omega-3 daripada flaxseed, buah badam atau ikan berlemak seperti salmon dan tuna.

Untuk mendapatkan asid lemak omega-3, anda boleh memilih vitamin Omega Guard Shaklee.

 

5. Likopena

tomato

Makanan tambahan likopena boleh membantu untuk membuang bahan radikal oksigen bebas, yang terdapat di dalam tubuh. Bahan radikal oksigen bebas adalah salah satu penyebab kemandulan di kalangan lelaki. Likopena boleh di dapati daripada tomato dan produk berasaskan tomato.

 

6. Herba

ginseng

Pengambilan herba juga boleh membantu meningkatkan kesuburan. Herba-herba cina seperti ginseng, saw palmetto, astral Gus dan macaw dikenali untuk menambahkan bilangan sperma. Ada sesetengah herba yang perlu anda bincang bersama doktor anda, sebelum memulakan rutin pengambilannya.

 

SUPPLEMEN UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI ISTERI

Nak dapatkan anak, adalah lebih baik jika suami dan isteri, sama-sama mengamalkan supplemen tambahan. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan peluang untuk hamil, bahkan benih yang terhasil juga mempunyai nutrisi asas yang terbaik. InshaALLAH, anak yang bakal lahir pasti lebih cerdas dan sihat.

 

Klik untuk membuat pembelian atas talian

 

1. Asid folik dalam B Complex

  • Biasanya doktor pakar puan sangat menggalakkan wanita yang merancang untuk hamil, untuk mengambil asid folik, sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mengandung..
  • Maksudnya, jika anda ingin anak anda lahir pada bulan januari tahun 2014, anda perlu mengandung pada hujung bulan april atau dalam bulan may. Justeru itu, anda perlu mengamalkan asid folik sekurang2nya bulan januari 2013.
  • Namun begitu, pengambilan asid folik belum memadai.. Anda masih memerlukan vitamin B lengkap kerana, terdapat kajian yang menunjukkan sesetengah wanita yang mengalami masalah untuk hamil, memerlukan B6 bagi meningkatkan kesuburan dan bagi suami, anda memerlukan B12 bagi meningkatkan kiraan sperma anda.
  • Jadi, pastikan anda mengambil vitamin B-Complex yang lengkap dengan 8 jenis vitamin B seperti B-Complex Shaklee.

 

2. Zinc Complex

  • Terdapat kajian menunjukkan bahawa zinc banyak membantu meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan wanita. Ini kerana, kekurangan zink boleh menyebabkan perubahan dalam kromosom lelaki dan wanita, di mana ia mengurangkan kesuburan dan meningkatkan peluang untuk keguguran.
  • Zink adalah penting bagi tujuan ‘menarik dan tahan’ hormon pembiakan estrogen dan progesteron.
  • Kehadiran zink boleh di dapati di dalam kepekatan tinggi sperma.
  • Zink sangat diperlukan bagi membuat lapisan luar dan ekor sperma.

 

3. Vitamin E + Selenium

  • Vitamin E merupakan antioksidan yang kuat.
  • Ia menunjukkan bahawa vitamin E membantu meningkatkan kesuburan bagi wanita dan lelaki.
  • Bagi lelaki yang membuat rawatan IVF, mereka akan dibekalkan dengan vitamin E, kerana dipercayai ia dapat meningkatkan kadar persenyawaan dari 19-29 peratus.
  • Selenium adalah antioksidan yang boleh membantu melindungi badan dari serpihan kimia yang reaktif dan ia dikenali sebagi radikal bebas.
  • Kehadiran selenium, dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan kromosom yang disebabkan oleh radikal bebas.
  • Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium dan tidak semua vitamin E yang ada dipasaran, dilengkapi dengan selenium dan ia biasanya, dijual secara berasingan

 

4. Vitamin C

  • Vitamin C adalah antioksidan dan ia dapat membantu meningkatkan kualiti sperma.
  • Ia membantu melindungi sperma dan DNA dari kerosakkan.
  • Beberapa kajian menunjukkan bahawa, kerosakan DNA dalam sperma telah menyebabkan pasangan sukar hamil atau mudahnya berlaku keguguran jika pasangan hamil.
  • Vitamin C juga turut membantu sperma daripada berkumpul kepada keadaan ‘berselerak’ dan ini sangat penting untuk persenyawaan.
  • Terdapat juga kajian yang menunjukkan wanita yang mengambil dadah klomifen bagi merangsang ovulasi akan mempunyai peluang yang lebih baik, jika diambil bersama-sama dengan vitamin C

 

5. ESP

  • ESP Shaklee mengandungi 9 asid amino yang tidak dihasilkan oleh tubuh, dan ia hanya boleh didapati melalui makanan. Antara asid amino yang penting bagi kesuburan adalah L-Arginine dan L-Carnitine.
  • L-Arginine merupakan asid amino yang ditemui dalam banyak makanan dan kepala sperma turut mengandungi asid amino ini. Asid amino ini penting bagi pengeluaran sperma. Penambahan L-Argine dalam badan anda, membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma anda
  • L-Carnitine ini sangat penting untuk fungsi normal sperma. Menurut kajian, semakin tinggi L-Carnitine dalam sel sperma, semakin baik fungsi sperma tersebut.
  • Bagi wanita, protein sangat penting bagi menguatkan dinding rahim dan ia membantu mengurangkan risiko keguguran.
  • Malahan, protein sangat perlu bagi membina sel2 yang baik untuk pembesaran janin.

 

6. GLA Complex

  • GLA sangat berguna untuk wanita bagi memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid sepanjang bulan.
  • GLA mengandungi asid lemak Omega-6 yang membantu pembentukan prostaglandin, di mana ia adalah hormon yang membantu badan mengawal-atur proses badan yang normal.
  • GLA juga mengandungi vitamin E, dan ia penting untuk melindungi dinding arteri dan menyokong sistem imun
  • GLA membantu meningkatkan kesuburan anda dengan menghasilkan cecair pekat didalam serviks anda. Cecair yang menyerupai mukus ini, sering dihasilkan oleh badan wanita setiap bulan. Kehadiran cecair ini, menunjukkan anda berada dalam keadaan yang subur dan sangat sesuai untuk melakukan persenyawaan.
  • Malahan, mukus ini juga membantu sperma untuk hidup lebih lama, di dalam tubuh wanita dan membantu sperma agar selamat sampai ke telur agar ia boleh di senyawakan.

 

7. Vitalea

  • Ia adalah multivitamin yang mengandungi 28 jenis mineral dan galian, yang sangat penting untuk tubuh badan kita.
  • Pakar kesihatan mencadangkan agar orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh.
  • Vita-lea sangat penting untuk tubuh badan, kerana ia membantu
  1. meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
  2. menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
  3. meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi
  4. memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas
  5. meningkatkan sperma dan juga kualiti telur

 

8. Alfalfa Complex

  • Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa “sakit ketika bersama”, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

 

Testimoni Pengguna Shaklee

 

 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
  • sms/whatsapp sahaja :  011-3201 4534 / 011-3201 4534 (fatim)

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *