Petua Untuk Merawat Bengkak Susu

Mengapakah payudara saya bengkak dan sakit?

Clog duct atau bahasa Malaysianya, kita panggil sebagai susu tersumbat, di mana ia kerap berlaku pada ibu yang menyusu bayi. Susu tersumbat ini berlaku, kerana proses pengeluaran lebih cepat berbanding penyerapan oleh bayi yang menyusu.
Clog duct ini menimbulkan rasa sakit yang teramat sangat. Terasa seperti ada urat bengkak pada payudara, di samping payudara bengkak teruk. huuhuu
  • Ia biasanya berlaku pada minggu pertama selepas bersalin, anda mungkin dapati buah dada anda sangat membengkak, sakit berdenyut, membonjol serta terasa penuh & tidak selesa.
  • Kadang-kala bengkak itu sampai ke bawah ketiak
  • Ia juga boleh menyebabkan demam, namun ia cuma kesan sementara

 

Jom ketahui bagaimana clog duct / bengkak susu boleh berlaku. ūüôā

  • Salur susu terhimpit dengan tangan kita semasa tidur ataupun disebabkan pemakaianunderwire bra
  • Susu yang mengering terlalu tebal kat bahagian puting, jadi susu baru tak boleh nak keluar
  • Tidak pam setiap 2 jam, dan hanya pam apabila payudara penuh
  • Jangkitan yis
  • Stress
  • Tak cukup tidur
  • Salah cara lekapan bayi
Antara dua hingga enam hari selepas bersalin, susu badan terhasil dengan banyaknya untuk memenuhi keperluan bayi anda. Pada masa yang sama, lebih banyak darah mengalir ke buah dada dan sesetengah tisu disekelilingnya akan membengkak. Akibatnya? Payudara yang penuh dan bengkak.
Bukan semua ibu baru mengalami bengkak payudara dalam erti kata yang sebenar. Sesetengah wanita mendapati buah dada mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit, tetapi sesetengah yang lain pula mendapati payudara mereka telah menjadi sungguh besar dan keras. Walaupun begitu, payudara bengkak sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi anda melekap dengan betul dan diberi susu sekerap yang mungkin, bengkak anda akan cepat reda.

 

Petua Untuk Atasi Bengkak Payudara

Pertama, ingatlah bahawa payudara bengkak adalah tanda yang positif, iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk menyusui bayi anda, dan tidak lama lagi, dengan bantuannya, anda akan menghasilkan jumlah yang sesuai. Sehingga itu:

  • Pakai coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam. Pastikan ia benar-benar padan & tidak terlalu ketat.
  • Susukan bayi dengan kerap, iaitu 2-3 jam walaupun terpaksa mengejutkan bayi. Pastikan bayi menyusu dengan kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum memberikan yang sebelah bagi pada sesi penyusuan yang berikutnya, mulakan dengan sebelah payudara yang terakhir di hidup.
  • Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya & dapat melembutkan aerola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah dan teruskan mencuba.
  • Menyikat payudara yang bengkak (sikat menghala ke puting)
  • Sesetengah wanita mendapati meletakkan daun kobis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walapun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kobis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dapat dikeluarkan daripada payudara dengan efisien. Buat sesekali sahaja kerana jika di amalkan selalu boleh menyebabkan susu kering
  • Ambil cuka makan & campurkan dengan air di dalam piring. Ambil kapas. celup dan sapu pada sekeliling payudara. Jangan sampai terkena bahagian puting. Lakukan setiap pagi sehingga tiada lagi masalah bengkak.
  • Ambil beberapa helai daun sirih & disapu minyak zaitun dipermukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut di atas tudung periuk. Tekap pada payudara bila daun agak-agak suam. Selain daripada melancarkan pengeluaran susu, ia juga mengurangkan rasa sedikit bengkak.
  • Urut payudara sedikit sebelum mengepam. Buat urutan seperti pemeriksaan payudara pada kawasan yang ada rasa berketul-ketul.
  • Mungkin sukar untuk bayi anda melekap pada payudara anda apabila areola, iaitu kawasan kulit gelap disekeliling puting, sangat keras. Untuk memastikan bayi anda melekap dengan betul, perah dengan tangan atau pam¬†susu keluar sehingga areola menjadi lembut. Satu cara untuk memudahkan pengeluaran susu ialah dengan meletakkan tuala panas di dada, ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mandian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat melembutkan areola. Ini mungkin akan memakan masa. Sabarlah, dan teruskan mencuba!
  • Jika buah dada adalah terlalu penuh dengan susu, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu berlebihan adalah elok dan¬†tidak¬†akan memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik.
  • Semasa bayi sedang menyusu,¬†urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan. Ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara
  • Sesetengah wanita mendapati, meletakkan daun kubis segar pada payudara boleh membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
  • Jika anda tidak dapat menahan sakit, anda boleh ambil ubat tahan sakit seperti parasetamol.
  • Pandang ke hadapan. Anda akan melepasi fasa ini dengan cepat dan tidak lama lagi dapat menikmati hubungan penyusuan dengan¬†bayi anda yang sedang membesar.

 

Berapa lamakah payudara bengkak akan berlanjutan?

Mujurlah, masalah payudara bengkak selalunya berlalu dengan agak cepat. Anda boleh menjangkakan ia akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam, dan menyusukan bayi anda dengan kerap dan efisien patut membantu lagi.

Jika anda memilih untuk tidak menyusu badan dan sebaliknya memberi susu formula, anda mungkin dapati payudara menjadi sungguh penuh apabila susu anda mula mengalir. Selalunya, apa yang diperlukan hanyalah ubat penahan sakit dan memakai coli sokongan yang baik.

Kadang-kala, jika bengkak payudara itu sangat teruk, anda mungkin perlu memerah sedikit susu menggunakan tangan untuk melegakan tekanan pada buah dada.

 

Bolehkan saya teruskan penyusuan walaupun payudara bengkak?

Boleh, dan memang itu yang sepatutnya. Jika boleh, susukan bayi anda sebaik saja dia dilahirkan, dan lakukan dengan kerap bermula daripada saat itu. Perhatikan bayi anda untuk melihat tanda kelaparan seperti mencari puting, menghisap buku limanya dan menjadi resah. Jika dia menangis, bermakna dia sudah sangat lapar.

Sebaik sahaja bengkak reda, payudara anda akan menjadi lebih lembut, walaupun masih penuh dengan susu.

 

Adakah payudara bengkak akan memberi kesan pada bayi saya?

Tidak. Tetapi ia mungkin membuatkan anda mahu menyusukannya sebanyak dan sekerap yang boleh.

 

Supplemen shaklee untuk masalah bengkak susu

Jadi, sebagai ibu yang menyusu bayi atau yang bakal ibu tu, bolehlah berhati-hati yer, bagi mengelak berlakunya clog duct. :). Biasanya, jika ada masalah seperti ini, saya akan telan lecithin & vivix, alhamdulillah dapat membantu. ūüôā

 

Klik untuk buat belian atas talian

 

 

Klik untuk buat belian atas talian

 

BAGAIMANA NAK MEMBELI SET BENGKAK SUSU SHAKLEE?

1. Untuk Belian Atas Talian, Boleh KLIK DI SINI. Penghantaran akan di buat oleh Shaklee melalui Citylink atau Gdex.

 

 
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jika Berminat, boleh hubungi saya:
  • sms/whatsapp sahaja :¬† 011-3201 4534 / 011-3201 4534 (fatim)

"INGIN MENJANA PENDAPATAN 3-4-5-6 ANGKA SEBULAN? BERDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE, ANDA MAMPU MENJANA PENDAPATAN LUMAYAN DAN MENIKMATI FAEDAH-FAEDAH LAIN.

MODAL SERENDAH RM 75 UNTUK SELURUH MALAYSIA .

PENGEDAR SELURUH NEGARA DIALU-ALUKAN UNTUK BERSAMA DALAM GROUP EKSKLUSIF KAMI & ANDA AKAN DI BANTU SEHINGGA BERJAYA‚ÄĚ

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *